Want to know ? Only me..

My photo
my story more than you would ever know , more than i could ever show :)

Saturday 25 February 2012

Mencari Syurga di Hati..

Ketika hidup usah terlalu memikirkan tentang hal-hal lain daripada keperluan beragama.Apabila kita beragama kita dikira ada hati.Sememangnya kita memerlukan TUHAN utk disembah dan keinginan ini memang datangnya secara semula jadi di hati.Bermakna jika kita tiada hati bertuhan,kita dianggap telah 'mati' kerana orang yg hidup pasti memiliki hati yg hidup..Keperluan beragama bermaksud menambah pengetahuan,menambah amalan dan menambah persediaan.Meskipun tuntutan daripada aspek ini perlu dilakukan sepanjang usia sejak kecil, tapi ada kala pada usia dewasa barulah kesedaran ini timbul. Andainya sepanjang usia telah tersesia,inilah masanya untuk mempertingkatkan kembali kefahaman.Namun dalam keghairahan untuk beribadat sering kali orang tersilap memilih haluan sebenar.Kita sememangnya tidak ingin 'tersungkur' di pintu syurga tetapi ingin segera masuk kerana pintunya telah sedia terbuka..

Kita masih belum terlambat lagi untuk keluar dari jalan yg sememangnya menyesatkan yang tidak diredai Allah.Sesungguhnya setiap insan pasti melakukan kesilapan & sebaik2 insan yg melakukan kesilapan ialah mereka yg sentiasa bertaubat..Mencari syurga di hati adalah mencari ketenangan di jiwa agar segala ujian yg diberikan akan kita tempuhi dgn penuh kesabaran..InsyaALLAH..(*-^)

No comments:

Post a Comment