Want to know ? Only me..

My photo
my story more than you would ever know , more than i could ever show :)

Saturday 25 February 2012

Mimpi benarkah mainan tidur ?

Tidur melengkapi nikmat yg dianugerahkan dalam kehidupan insan.Minda kan menjadi tenang dan jasmani menjadi segar setelah menghirup damaian istirehat yg paling berharga.Dalam kelenaan tersimpan mimpi-mimpi indah dan ngeri yg menyenangkan serta merungsingkan perasaan.Bagi meleraikan kemusykilan mimpi, maka ianya memerlukan terjemahan & penafsiran..

Erti sebuah mimpi bukan bermakna menzahirkan perkara yg ghaib,tetapi keberkatan rahmat Allah sebagai khabar gembira dan peringatan agar terhindar dari segala perbuatan syaitan.Mimpi yg dapat ditafsirkan adalah mimpi yg diiringi doa dan melaksanakan amalan sunnah sebelum tidur..

3 hari berturut-turut mimpi 'orang' yg sama tetapi dalam keadaan & situasi yg berlainan..pada mulanya aku cuma ignorekan je sbb aku aggap tu mainan tidur..tp hati kecil aku tetap ingin mencari jawapan..perkara yg sgt2 berat yg aku kena hadapi apabila mencari jawapan apabila melalui mimpi..jawapan yg akan aku dpt dalam jangka masa yg lama..sebelum ini ada yg mimpi aku jadi kenyataan yg merupakan satu petanda bg aku..tapi mimpi kali ini,aku tak pasti adakah ia satu petunjuk ?? sesungguhnya mentafsirkan mimpi adalah perkara yang membolehkan dan menjadikan hati tenang..


Sabda Rasulullah  SAW yg lain bermaksud :


"tidak tetap kegembiraan kecuali mimpi tentang perkara yg baik di mana yg bermimpi adalah seorang lelaki yg baik.Kerana mimpi yg baik adalah khabar gembira dari Allah untuk hambanya yg baik,sedangkan mimpi daripada syaitan, maka ia tidak akan membahayakan. Oleh itu jika mimpi buruk janganlah cerita kepada orang lain sedangkan mimpi yg baik dari Allah adalah tidak mengapa diceritakan kepada orang lain"


                                                                                                                                           HR:Bukhari 
                                      

Cintamu bertepuk sebelah tangan ? berdoalah..

Ya ALLAh, tutupkan perasaan aku terhadap si dia yg tak pernah menghargai dengan sedaya upaya usaha sekalipun.Dan titipkan serta bukakanlah perasaan dan hatiku ini terhadap si dia yg tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya..


 p/s :  Jangan kita membenci sesuatu krn perkara itu yg terbaik utk kita..& jangan suka sesuatu krn ia buruk utk kita..sesungguhnya ALLAH mengetahui lagi kita tidak ketahui..

Mencari Syurga di Hati..

Ketika hidup usah terlalu memikirkan tentang hal-hal lain daripada keperluan beragama.Apabila kita beragama kita dikira ada hati.Sememangnya kita memerlukan TUHAN utk disembah dan keinginan ini memang datangnya secara semula jadi di hati.Bermakna jika kita tiada hati bertuhan,kita dianggap telah 'mati' kerana orang yg hidup pasti memiliki hati yg hidup..Keperluan beragama bermaksud menambah pengetahuan,menambah amalan dan menambah persediaan.Meskipun tuntutan daripada aspek ini perlu dilakukan sepanjang usia sejak kecil, tapi ada kala pada usia dewasa barulah kesedaran ini timbul. Andainya sepanjang usia telah tersesia,inilah masanya untuk mempertingkatkan kembali kefahaman.Namun dalam keghairahan untuk beribadat sering kali orang tersilap memilih haluan sebenar.Kita sememangnya tidak ingin 'tersungkur' di pintu syurga tetapi ingin segera masuk kerana pintunya telah sedia terbuka..

Kita masih belum terlambat lagi untuk keluar dari jalan yg sememangnya menyesatkan yang tidak diredai Allah.Sesungguhnya setiap insan pasti melakukan kesilapan & sebaik2 insan yg melakukan kesilapan ialah mereka yg sentiasa bertaubat..Mencari syurga di hati adalah mencari ketenangan di jiwa agar segala ujian yg diberikan akan kita tempuhi dgn penuh kesabaran..InsyaALLAH..(*-^)